28 January, 2010

PELAN PEMASARAN

Sertai Kami Sekarang Sebagai Seorang Usahawan ePendidikan
Ada 4 pekej yg ditawarkan (ikut budget anda)..

1 set portal = 4 bulan tuisyen (jimat RM40)
4 set portal = 16 bulan tuisyen (jimat RM200)
10 set portal = 40 bulan tuisyen (jimat RM500)
20 set portal (jimat RM1000)

BONUS2 YG DISEDIAKAN..CUKUP LUMAYAN..

BONUS PENGENALAN
ANDA PERKENALKAN PADA ORANG..ANDA DAPAT BONUS NI...
LAGI TINGGI PANGKAT ANDA..LAGI TINGGI BONUS SPONSOR ANDA..






BONUS PASANGAN...



WOW..PALING BEST...















Mengikut kajian para pakar ekonomi dunia, seperti Peter Drucker, ‘Webucation’ adalah merupakan peluang perniagaan yang paling berpotensi untuk masa hadapan bahkan lebih berpotensi dari Makanan Kesihatan dan Komunikasi.
Perniagaan seperti ini dikategorikan sebagai Ekonomi Matahari Terbit dimana ia mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangkamasa yang panjang.


Di Malaysia pula, pada tahun ini 2010, Kerajaan telah mensasarkan semua sekolah menjadi sekolah Bestari dimana pada ketika itu, para pelajar akan belajar melalui laman web dan portal pendidikan seperti Mystar-A Programme.

INGIN MENJADI USAHAWAN E-LEARNING?
" 1 Malaysia 1 Keluarga 1 Portal Pendidikan
Potensi Meraih Pendapatan Lumayan Secara Harian"

9/10 punca REZEKI adalah datangnya daripada PERNIAGAAN

tetapi mengapa kita masih lagi nak berebut REZEKI yang bakinya ialah 1/10 ?

SOAL JAWAB BERKAITAN MYSTAR A & B

1.Apakah itu MyStar?

MyStarA adalah latih tubi online yang menekankan pembelajaran "output" dan merupakan pelengkap kepada sistem pembelajaran. Kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.

2.Apakah subjek yg ditawarkan??

Sekolah Rendah (Tahun 1-6) UPSR
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3) PMR 
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi 
Sekolah Menengah (Tingkatan 4-5) SPM
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Geografi
  • Sains
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
Silibus

  • Meliputi 100% sukatan terkini Malaysia,
  • Mengandungi bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini,
  • Merangkumi semua subjek teras dan elektif,
  • Format kertas 1 dan 2.
3. Kenapa perlu ada MyStarA?
MyStarA diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-

Sikap Para Pelajar:- 
  • Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu..
  • Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja..
  • Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang..
  • Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan (tidak interaktif)..
  • Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah.. .
Masalah Ibu bapa:-
  • Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda..
  • Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak..
  • Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda..
  • Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak..
  • Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun..
  • Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda..
  • Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar..
  • Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan..
4. Adakah pelajar Perlu kepada MyStar A?

Ya, perlu...KENAPA??
  • MyStarA menyediakan pelajar kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan.
  • Pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik dengan mudah dan lebih berkesan.
  • Mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah.
  • Membantu pelajar untuk membina keyakinan diri dan bersikap positif.

5. Perlukah anak saya mengikuti Mystar-A Programme jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?

Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Mystar-A Programme merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

6. Seisi keluarga boleh guna?

Ya. MyStarA boleh digunakan seisi keluarga anda. Contohnya, jika anda ada 5 orang anak antara Tahap 1 – Tingkatan 5, kesemua mereka boleh menggunakan latihan – latihan yang disediakan dengan mengikut keperluan masing-masing. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk kesemua anak anda. Satu portal untuk satu keluarga.

7. Membebankan?

Tidak. MyStarA, tidak akan membebankan anak anda. Hanya dengan satu jam sehari, anda boleh mengubah prestasi anak anda menjadi lebih baik.

8. Apakah Pembelajaran Output?

Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari melalui latihan-latihan.

9. Kaedah Pembelajaran Output Tradisional  
  • Kena periksa jawapan sendiri
  • Tidak boleh mengulang soalan
  • Tiada pemantauan masa
  • Tidak Interaktif
  • Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar.  
10. Apakah Pembelajaran Input?

Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Pelajar perlu Pembelajaran Output sebagai pelengkap bagi pembelajaran yang lebih berkesan.  

11.Apa itu MyStar-B?

Untuk si comel berusia 3 Tahun - 6 Tahun, menawarkan 7 jenis bahasa (buat masa sekarang) iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bhs. Arab, Bhs. Jepun, Bhs. Tamil, Bhs Cina dan Bhs. Thailand.

12. Apa kebaikannya??
  • Memberi kemudahan untuk kanak-kanak belajar dari peringkat permulaan,
  • Pembelajaran diajar dengan mudah dari peringkat ke peringkat,
  • Menarik minat kanak-kanak untuk belajar,
  • Memberi pendedahan awal kepada pelajar.
Mystar-A Programme – 24 jam sehari, 365 hari setahun, bila-bila masa, di mana-mana jua !

Hanya dengan satu jam sehari, anda boleh mengubah prestasi anak anda menjadi jauh lebih cemerlang, gemilang dan berkeyakinan tinggi !

KESIMPULAN SAYA..
Saya amat tertarik dgn kaedah pembelajaran online MySTAR apabila pertama kali melihatnya. Kandungan portal yang unik, padat, beranimasi menarik, dan menepati mood pembelajaran anak-anak zaman sekarang yang mahukan cabaran. Pemantauan ibubapa secara online banyak membantu mereka menilai perkembangan IQ anak-anak. Portal ini juga mampu menerapkan nilai daya saing positif di kalangan pelajar melalui 'ranking' pencapaian mereka di seluruh Malaysia, lantas secara tak langsung mempertingkatkan nilai EQ (Emotional) dan SQ (Spiritual)!
Zaman makin berubah maju!Jangan biarkan anak-anak kita ketinggalan!Ibu bapalah penentu masa depan...
Ingatlah,Allah tidak akan mengubah nasib seseorg melainkan dia sendiri yang mengubahnya!

23 January, 2010

Kami Menawarkan Peluang
ONLINE PELAJARAN, PERNIAGAAN & PENDAPATAN

MENJAYAKAN My-StarA & My-StarB
- Pendidikan Online Anda

Sertai Kami.. 1 Keluarga 1 MyStar…

SERENDAH RM300 (RM60 sebulan)…

Pelengkap Pembelajaran Anak – Anak Anda...


WEBSITE + EDUCATION = WEBUCATION

Pelajaran – “Webucation” - Gabungan Website Dan Education. MyStarA adalah latih tubi online yang menekankan pembelajaran "output" dan merupakan pelengkap kepada sistem pembelajaran. MyStarB adalah untuk memberi "Pendedahan Awal" kepada kanak-kanak serta menarik minat kanak-kanak untuk "Belajar".

Perniagaan – Menjadi Ahli/Agen dengan modal permulaan yang berpatutan. Pasaran berbilang bangsa. “Produk” ke arah KEPERLUAN Pendidikan demi masa depan. Platform pasaran online luas dipermudahkan.

Pendapatan – Plan Pemasaran yang memberikan komisen/insentif sampingan. Memberi anda peluang CIPTA Pendapatan Ringgit anda secara berterusan.

Sertai Kami, Rebut Peluang, Fikir & Bertindak


3 Faktor Kejayaan yang ada Pada Bisnes Ini:

1. Syarikat

Online – 24 jam sehari x 365 hari – anywhere, anytime – servis boleh dibawa ke mana-mana & pada bila-bila masa.


2. Produk

Terdapat 700++ Syarikat di Malaysia yg mempunyai AJL, telah melahirkan 5,500 jutawan dlm masa 40 tahun, dgn 4 kategori produk utama berikut – Kecantikan, Kesihatan, Penjagaan Rumah, & Penjagaan Kereta, di mana kesemua produk tersebut merupakan produk sampingan.

Manakala Mystar-A Program merupakan satu-satunya produk Pendidikan di mana pendidikan merupakan Produk Keperluan (semua makbapak nak anak dapat A, tidak kira dari golongan mana pun), Berkualiti (rujuk testimoni, penghargaan & pengiktirafan), Harga Murah (RM2 sebulan), Tidak Bermusim (spt produk sampingan di atas), Anti Kemelesetan Ekonomi (walau pun zaman gawat, makbapak tetap nak anak dapat A) & Tiada Saingan.
MyStar-B..e-tadika yang pertama di Malaysia...jadi jika anda tak berkesempatan nak hantar anak ke tadika...gunalah Mystar-B..anda pasti PUAS HATI...

Perniagaan dunia akhirat – kita bagi anak kita dan/atau anak orang lain, jadi pandai.

3. Pelan Pemasaran

“Payout Tinggi” – sbb ini adalah Technology Base Biz, Tiada Kos Fizikal (hanya jual nombor), Modal 1 kali, Untung Banyak Kali (Modal besar semasa develop software, now hanya buat maintenance). Contoh Astro & Biz Kad Prepaid/ Topup (Celcom, Maxis, Digi).

Pasaran sedia ada – terdapat 5 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 3; setiap tahun 500 ribu pelajar tahun 1 masuk – pendek kata pasaran sampai bila-bila lah…

PENDAFTARAN MYSTAR A & B

Ada 3 cara:
1) Jika anda berada di Selangor/KL..jika boleh kita jumpa..sila tinggalkn no anda ....
2) Daftar online:





3) Boleh juga emailkan maklumat berikut (cikgulizz@gmail.com):
Nama Penuh BAPA :
No. I/C :
Alamat :
No. H/P :
Nama Anak2 yang ingin anda daftar :
No. I/C :
Nama Sekolah :
Darjah/Tingkatan :

4) Bayaran RM310 (UNTUK 4 BULAN)


Anda akan menerima Portal dan penggunaan selama 4 bulan untuk satu keluarga dari umur 3 tahun hingga 17tahun.

5) Saya akan SMS ID kepada anda selepas selesai urusan pendaftaran....

6) Parent & Anak2 boleh dah access@guna Portal tersebut ....

Itu sahaja yang PERLU dilakukan oleh ibubapa ..... LABURLAH DALAM PENDIDIKAN UTK MASA DEPAN ANAK2 KITA ...... ANDA TAK AKAN RUGI...PERCAYALAH...

APA KELEBIHAN ONLINE TUISYEN??

  1. Boleh belajar bila2 & di mana2 sahaja .... asalkan ada notebook/komputer + internet.
  2. Tiada batasan masa .... kalau nak pergi melancong mana2 pun (cuti balik kampung ke) anak2 kita masih boleh belajar  menggunakan MyStar-A & B nie.
  3. Tidak perlu buang masa nak hantar anak pergi & ambil semasa tuisyen (jika anda terlalu sibuk dgn tugas2 seharian).
  4. Mak ayah boleh pantau prestasi anak2 ..... ada MyKadLaporan untuk melihat progress anak2 kita.
  5. Anak boleh belajar semua subjek & topik yang disediakan dalam sistem ini ... oleh itu dgn bayaran tersebut satu keluarga dapat belajar semua subjek .... MURAH TAK ?
  6. Terdapat lebih seribu soalan dalam bank soalan .... makin banyak soalan anak-anak kita buat makin mahir menguasai bidang tersebut.
  7. Kawalan Pencapaian .... MyLatihTubi & MyPeperiksaan meletakkan syarat anak2 kita mesti melebihi 80% baru boleh 'move' kepada set soalan seterusnya. Secara tak langsung, pelajar terpaksa menguasai set soalan tersebut .... mungkin perlu jawab melebihi sekali. Bermakna anak2 kita perlu baca & buat ulangkaji lebih.
  8. Kawalan Masa .... terdapat countdown time untuk MyPeperiksaan. Oleh itu pelajar terpaksa menjawab dengan betul dalam masa yang ditentukan.
  9. Sebagai motivasi...MyCemerlang juga akan "ranking" pelajar dlm sistem ini mengikut subjek & tahap. Oleh itu anak2 kita susah pasti TERCABAR utk dptkan ranking teratas. "Ranking" ini merangkumi semua pelajar seluruh Malaysia.
Terlalu banyak kebaikan yang boleh anda perolehi...Kesimpulannya JOM kita sertai program ini & LIHAT SENDIRI PRESTASI Anak2 kita.

TESTIMONI ONLINE TUISYEN:
**secara keseluruhan, mana2 online tuisyen menggunakan konsep yg sama iaitu kaedah pembelajaran 'output', iaitu murid2 menggunakan ilmu yang telah mereka pelajari di sekolah2 (kaedah 'input') dan mengaplikasikannya semasa membuat latihan2 dlm online tuisyen..testimoni dibwh adalah secara rambang dari mana2 online tuisyen yg ada di pasaran**

PMR 2008

1) Muhamad Iqbal Mubarak, Sek.Men.Izzuddin Shah- PMR 9A (2008)

Testimoni Murid:
Keputusan peperiksaan saya bertambah baik setelah menggunakan ONLINE TUISYEN. Terima kasih ONLINE TUISYEN.

Testimoni Ibubapa:
Saya berterimakasih kepada ONLINE TUISYEN kerana anak saya mendapat keputusan yang cemerlang selepas menggunakannya.

2) Nik Munirah Nik Ali, SMK Tumpat- PMR 9A (2008)

Testimoni Murid:
Satu program yang bagus dan dapat meningkatkan prestasi peperiksaan saya. Saya berharap program ini dapat diteruskan lagi.

Testimoni Ibubapa:
Program yang bagus dan harap dapat diteruskan.

3) Tan Zhi Huey, Sek.Men. Seri Omega- PMR 8A (2008)

Testimoni Murid:
I would like to give a big thank you to ONLINE TUISYEN for being a great help in my PMR examination. It was with the help of ONLINE TUISYEN that I could save a lot time from going to tuition. The notes and exercise given were very helpful in my studies, not only did it help me in my PMR examination but also school examinations. The questions in ONLINE TUISYEN programme were challenging and sufficient enough. Hereby, I would like to thank ONLINE TUISYEN once more for all the helps given.

Testimoni Ibubapa:
We appreciate the help of ONLINE TUISYEN to our dear children. ONLINE TUISYEN is a very useful programme to my children in their revision. ONLINE TUISYEN is rich of good and challenging exercises and notes to my children. Because of that, we have saved a lot of money for sending our children to tuition. We feel that our children started learning to be independent and they do enjoy in studies. Besides, the exercise which are given by ONLINE TUISYEN are sufficient for my children in their studies. Lastly, we would very proud of what ONLINE TUISYEN has helped my children all the way. Thanks a bunch to ONLINE TUISYEN!

4) Aizul Shazril Mohamad Mangin, Sek.Dato Abdul Razak, Seremban- PMR 8A (2008)

Testimoni Murid:
Terima kasih ONLINE TUISYEN kerana dapat membantu memperbaiki kelemahan saya dalam pelajaran matematik, sains dan Bahasa Inggeris. Tahniah ONLINE TUISYEN. Tidak rugi menghadiri program ini. Semoga ONLINE TUISYEN dapat membantu lebih ramai lagi pelajar cemerlang di masa-masa akan datang. Insyaallah...

Testimoni Ibubapa:
Alhamdulillah, syukur anak saya telah memperolehi 8A dalam PMR 2008. Pada awal tahun peperiksaan anak saya hanya mendapat 5A, 3B dalam Mathematic, Sains dan B.I. Setelah memasuki ONLINE TUISYEN anak saya mendapat 7A, 1B dalam peperiksaan percubaan PMR dan 8A dalam PMR 2008. Terima kasih ONLINE TUISYEN kerana membantu anak saya dalam meningkatkan pembelajarannya.

UPSR 2008

1) Leong Wen Han, SJKC Sungai Way, PJ- UPSR 7A (2008)

Testimoni Murid:
Very effective, I will definitely recommend to my friends.

Testimoni Ibubapa:
Very good. Can monitor child's progress thru' the e-report card.

2) Loga a/l Sivaraja, SJKT Bandar Baru Salak Tinggi- UPSR 7A (2008)

Testimoni Murid:
This is a very useful programme. Because of this programme I have improved in my studies. Especially in Bahasa Malaysia objective paper. I have enrolled into this programme for my form one studies.

Testimoni Ibubapa:
ONLINE TUISYEN programme is very effective for my children. It doesn't require much involvement of parents. Every test results will be send to parent's handphone. We can monitor childrens achievements from anywhere even if we are in overseas.

3) Zhariff Aizuddin Zubaidi, SK Sg. Lalang, Bedong- UPSR 5A (2008)

Testimoni Murid:
Saya menggunakan ONLINE TUISYEN sejak di Tahun 3. Pelajaran saya semakin meningkat di sekolah sejak mengikuti program ini. ONLINE TUISYEN berbeza dari cara belajar di sekolah, ia lebih menarik dan tidak membuat saya merasa jemu mengulangkaji pelajaran. E-notes juga sangat berkesan, saya cepat memahami setelah membacanya terlebih dahulu sebelum cikgu mengajar di sekolah. Saya semakin yakin setelah biasa membuat latih tubi online melalui ONLINE TUISYEN, dapat menjawap soalan peperiksaan dengan pantas dan masih mempunyai banyak masa untuk menyemaknya semula.

ONLINE TUISYEN terbukti banyak membantu saya mencapai kejayaan 5A dalam UPSR 2008. Saya sangat berterima kasih kepada ibubapa saya kerana memperkenalkan ONLINE TUISYEN kepada saya.

Testimoni Ibubapa:
Pada mulanya saya merasa skeptical dengan program ini. Namun demi pelajaran anak-anak, saya memperkenalkan program ini kepada mereka pada tahun 2004. Ia merubah sikap anak-anak saya dan berjaya memberikan budaya belajar yang berbeza apabila menimbulkan minat yang ketara pada pelajaran. Pencapaian mereka di sekolah begitu cepat dan memberangsangkan. Saya lega tidak lagi terlalu risau memikirkan kelemahan mereka di sekolah.

Sejak dari itu saya belajar menggunakan kaedah yang betul dan sistematik melalui ONLINE TUISYEN untuk memberi latihan kepada anak-anak saya. Walaupun saya seorang yang sangat sibuk, ternyata ONLINE TUISYEN sangat-sangat memudahkan saya dan isteri memantau, mengikuti perkembangan dan pencapaian anak-anak dalam pelajaran. Ibubapa tidak harus melepaskan peluang keemasan ini dan berilah kemudahan seperti ini kepada anak-anak kita, nescaya kita tidak akan merasa rugi.

4) Fikry Hakimi Mansor Shah, SK Seri Sabak Uni- UPSR 5A (2008)

Testimoni Murid:
ONLINE TUISYEN menjadikan ulangkaji saya lebih mudah, cepat dan menyeronokan. Terima kasih ONLINE TUISYEN.

Testimoni Ibubapa:
Dengan adanya ONLINE TUISYEN, anak saya lebih bersemangat untuk mengulangkaji pelajaran dan ianya terbukti lebih berkesan. Terima kasih ONLINE TUISYEN.

MYSTAR-B


Mystar-B merupakan Produk ke-2 berbentuk e-Pendidikan keluaran PuncakMas Marketing Sdn. Bhd. Produk ini di fokuskan untuk kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Penyelidikan dan pembangunan portal ini telah dilakukan pada hujung tahun 2008.

Kanak-kanak boleh belajar dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Thailand dan Bahasa Jepun.

Tujuan utama penubuhan Mystar-B adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak serta menarik minat kanak-kanak untuk belajar . Selain itu portal mystar-B juga dapat memberi kemudahan untuk kanak-kanak belajar dari peringkat permulaan dan pembelajaran diajar dengan mudah dari peringkat ke peringkat .

Skop pembelajaran di pecahkan kepada 4 bahagian iaitu:

  • anggota badan,

  • haiwan,

  • objek,

  • warna.
Mempunyai gambar-gambar dan juga sebutan yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Konsep yang diterapkan didalam Mystar-B ialah konsep 3M iaitu
MELIHAT, MENDENGAR dan MEMAHAMI.






Ini lah produk yg mampu menjana pendidikan yg cemerlang dari peringkat asas kepada anak - anak kita. Diharap ianya dapat kita sama - sama manfaatkan demi masa depan pendidikan anak - anak kita yang akan memimpin negara ke arah kemajuan dan kecemerlangan. 

INFO SYARIKAT

Revolusi pendidikan negara kita sekarang semakin berkembang maju dari semasa ke semasa. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan teknologi pendidikan secara online atau dalam talian iaitu Portal Pendidikan Mystar-A dan Mystar-B.

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. adalah pengeluar portal pendidikan Mystar-A dan Mystar-B. Tujuan portal ini diwujudkan adalah bertujuan untuk membantu para pelajar untuk mengulangkaji dan membuat latihan secara intensif dan praktikal.

Kaedah ini amat berkesan kepada para pelajar di bandar mahupun di luar bandar kerana mereka dapat membuat latihan melalui komputer dan ia boleh dipantau oleh ibubapa atau guru melalui portal yang sama.


Kaedah ini menjadi lebih kukuh lagi dengan adanya penyelidikan yang telah dilakukan oleh pihak syarikat iaitu penyelidikan dan pembangunan yang telah dijalankan selama dua tahun. Ia dilakukan bertujuan untuk membentuk satu pembelajaran yang cukup interaktif dan dapat memberi impak yang positif kepada prestasi pelajar.

Produk ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pendidikan Malaysia pada 16 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre sambil disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu Y.A.B Dato’ Ahmad Bin Said dan beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Puncakmas sendiri . Kewujudan produk ini adalah untuk memberikan sumbangan yang terbaik terhadap bidang pendidikan disamping menyahut seruan kerajaan yang ingin menggabungkan pendidikan dengan Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT).

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. telah menjalankan Research and Development (R&D) serta aktivitinya pada pertengahan tahun 2007 dan dikorporatkan di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia pada tahun 2009. Operasi utama syarikat di Bandaraya Alor Setar, Kedah.

Syarikat ini diterajui oleh empat orang usahawan muda iaitu Encik Mohd Norzuzafre Bin Zulkifli (Presiden), Encik Muhazani Bin Mat Noh (Timbalan Presiden), Encik Mohd Norshahar Bin Zulkifli (Ketua Pegawai Eksekutif), Encik Mohamad Shukri Bin Sulaiman (Ketua Pembagunan & Perniagaan).


Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya syarikat milik penuh bumiputera yang melahirkan produk-produk pendidikan secara online di Malaysia. Produk-produk yang dihasilkan adalah berteraskan pendidikan. Moto utama syarikat ialah “Cemerlang Satu Malaysia”.

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua pelajar dan masyarakat bahawa pendidikan secara atas talian (online) merupakan satu alternative kepada pelajar untuk menigkatkan prestasi akedemik melalui kaedah “website + education= webucation”.

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan guru-guru pakar, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Jabatan IT syarikat untuk menyelidik dan membangunkan produk-produk syarikat bagi merealisasikan program-program yang dijayakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Apakah MyStar-A?

LIPUTAN SUBJEK

TAHUN 1 – UPSR
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Science
Mathematic

TINGKTAN 1 – 3 (PMR)
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Mathematic
Kemahiran Hidup
Geografi
Sejarah
Science

TINGKTAN 4 – 5 (SPM)
Ekonomi Asas
Bahasa Inggeris
Mathematic
Pendidikan Islam
Fizik
Biologi
Geografi
Sejarah
Perdagangan
Science
Kimia

Apakah MyStar-A?


Mystar-A adalah pendidikan berteraskan ICT yang menggabungkan ''website + education = webucation''.

Tujuan utama penubuhan Mystar-A adalah untuk membantu pelajar-pelajar mencapai kemajuan dalam pendidikan dan teknologi.

Portal Mystar-A membantu pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 dalam semua mata pelajaran mengikut silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

A. MyNota


MyNota ialah elemen koleksi nota-nota ringkas dan padat mengikut sukatan Kementerian Pendidikan melalui 2 kaedah iaitu secara teks dan multimedia. Ia juga disediakan untuk rujukan utama pelajar bagi menjawab soalan. Ia memudahkan pelajar memahami topik dalam setiap subjek. Merupakan nota-nota yang digubal oleh kumpulan guru pakar dimuatkan sama sebagai input tambahan bagi memberi kefahaman yang lebih terhadap topik-topik yang telah dipelajari sebelum menjawab soalan berasaskan topik-topik tersebut. Nota-nota ini telah di ubah suai ke dalam bentuk multimedia oleh pakar-pakar multimedia supaya menjadikan suatu bahan yang efektif untuk pelajar-pelajar belajar. MyNota dipaparkan serta merta apabila anak anda atau pelajar menggunakan MyTopik.


B. MyKamus


MyKamus bertujuan membantu pelajar membaiki Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia serta meningkatkan lagi kefahaman dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. MyKamus disediakan untuk rujukan semua subjek. Ini memudahkan pelajar supaya tidak perlu membuka kamus yang tebal.
Di sediakan dalam 2 bentuk :-
Bahasa Malaysia - Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia



C. MyTopik


MyTopik adalah elemen yang membolehkan pelajar membuat latihan mengikut topik-topik yang dipelajari. Ia dapat menilai tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik, melalui cara mengulangkaji. MyTopik adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang dipelajari di sekolah.
Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar di sekolah pada hari tersebut, secara langsung dapat mengetahui sama ada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari. Ibu bapa juga dapat membantu perkembangan akademik anak-anak dengan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka seterusnya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.

Melalui MyTopik, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan yang telah mereka lakukan. Ini akan 'memaksa' pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan kali yang ke2, ke3 atau ke4, sekaligus menanamkan sikap minat membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.
Apabila pelajar menanda jawapan dengan tepat audio akan keluar seperti ‘cerdik’, ‘pandai’, ‘sangat pandai’. Tetapi apabila salah audio akan berkata ‘maaf! Tidak tepat’.

Di dalam MyTopik hanya ada 1 set soalan yang mengandungi 15 soalan setiap kali set di buka. Apabila pelajar menjawab set seterusnya soalan-soalan akan berubah-ubah ini adalah kerana setiap topik kami mempunyai bank soalan sebanyak 200 ke 300 bank soalan. Bagi memantapkan lagi pemahaman pelajar dalam topik-topik yang di pelajari.



D. MyLatih Tubi



MyLatihTubi telah direkabentuk untuk membolehkan pelajar-pelajar membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan pembelajaran output secara terus menerus untuk menilai sejauh mana pemahaman mereka di dalam subjek yang diajar di sekolah.
Anak-anak anda boleh memilih mana-mana subjek pada bila-bila masa dan secara terus boleh menilai sama ada mereka faham atau tidak subjek yang diajar. Sebagai ibu bapa anda dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak anda supaya anda dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.

Apabila seorang pelajar membuat latihan melalui MyLatihTubi, penandaan akan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar dari kesilapan. Setiap soalan membenarkan pelajar mencuba sebanyak 4 kali untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan pelajar akan diberitahu secara terus yang mana ia akan memaksa pelajar untuk membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan ke-2, ke-3 dan ke-4. Ini akan menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum memberi sebarang jawapan. . Apabila pelajar menanda jawapan dengan tepat audio akan keluar seperti ‘cerdik’, ‘pandai’, ‘sangat pandai’. Tetapi apabila salah audio akan berkata ‘maaf! Tidak tepat’.

Di dalam MyLatihTubi terdapat 4 set soalan.
SET 1 mempunyai 15 soalan dan di ketegorikan MUDAH.
Set 2 mempunyai 25 soalan dan di ketegori SEDERHANA.Untuk membuka set 2 pelajar mesti mencapai 80% ke atas di dalam set 1 untuk menjawab soalan-soalan set 2.
SET 3 mempunyai 30 soalan dan di ketegori SUSAH. Untuk membuka set 3 pelajar mesti mencapai 80% ke atas di dalam set 2 untuk dia menjawab soalan-soalan set 3.
SET 4 mempunyai 35 soalan dan di ketegori SANGAT SUSAH. Untuk membuka set 4 pelajar mesti mencapai 80% ke atas di dalam set 3 untuk dia menjawab soalan-soalan set 4.

Objektif utama MyLatihTubi :

Menyediakan pembelajaran output secara terus menerus.
Meningkatkan keupayaan menghadapi peperiksaaan dengan membenarkan pelajar membuat latih tubi tanpa had.
Membantu menjawab soalan dengan betul setiap kali dalam percubaan yang pertama.
Menanamkan sikap suka membaca dan memahami soalan sebelum menjawab.



E. MyPeperiksaan


MyPeperiksaan adalah elemen yang direkabentuk seperti peperiksaan sebenar sebagai persediaan pelajar. Ia membantu pelajar untuk membiasakan diri untuk menghadapi peperiksaan sebenar mengikut silibus Kementerian Pendidikan dan mempunyai kiraan masa peperiksaan sebenar. MyPeperiksaan ini akan membantu pelajar-pelajar membiasakan diri dengan situasi melengkapkan kerja mengikut masa yang diperuntukkan. Ia telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah. Pemarkahannya di berikan selepas pelajar-pelajar menghantar set-set soalan. Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.


F. MyArkib Soalan


MyArkib soalan ialah soalan-soalan peperiksaan sebenar tahun-tahun lepas. Bagi pelajar-pelajar yang ingin mengambil peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM tidak perlu mencari contoh-contoh soalan tahun lepas di luar kerana Mystar telah menyediakan bahan-bahan tersebut.


G. MyCemerlang



Pelajar yang terbaik akan disenaraikan dalam MyCemerlang. Ini secara langsung memberi peluang kepada ibubapa supaya mereka sentiasa mengetahui prestasi anak-anak mereka. Nama pelajar yang cemerlang akan dipaparkan di dalam portal MYSTAR-A dan boleh dilihat oleh semua pengguna melalui pemantauan yang efektif. Ini menggalakkan pelajar bersaing dan berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dapat disenaraikan dalam MyCemerlang .

Senarai Penganugerahan 100 pelajar cemerlang seluruh Malaysia telah direka untuk memberitahu ibu bapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan pelajar-pelajar setaraf di seluruh negara (national level).

Hanya 100 pelajar cemerlang dari setiap subjek dan tahap akan dipamerkan. Nama sekolah mereka juga dipamerkan. Ini menggalakkan pelajar bersaing dan berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan di dalam senarai penganugerahan ini.

H. MyKad Laporan



MyKad Laporan merupakan elemen yang sangat penting kepada ibubapa yang ingin memantau tahap anak-anak mereka. Elemen ini memaparkan keseluruhan keputusan peperiksaan pelajar yang boleh disemak secara online.

MyKad Laporan adalah SATU CIRI PENTING YANG PERLU ada bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak-anak. Ia memaparkan kesemua sesi pembelajaran output anak anda, sama ada dari MyTopik, MyLatih Tubi, MyPeperiksaan dan MyArkib Soalan.

Ciri ini membolehkan ibubapa mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan kelemahan subjek yang dipelajari oleh pelajar. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya.

Lagipun, MyKad Laporan merekodkan semua soalan-soalan latihan dari MyTopik, MyLatih Tubi, MyPeperiksaan dan MyArkib Soalan untuk membolehkan ibubapa memantau dan mengambil langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.

Gabungan teknologi terkini MyKad Laporan iaitu keputusan pembelajaran anak yang terus melalui SMS akan memberikan maklumbalas kepada penjaga dengan cepat terhadap prestasi pelajar bagi mengatur strategi pembelajaran anak-anak. Dengan MyKad Laporan ini, anda dapat mengesan dan menjejaki pelajaran anak anda tanpa melalui pihak ketiga. Secara langsung memberi galakan kepada anak-anak. Nescaya cara penilaian ini sangat bernilai untuk mereka yang ingin mencapai kecemerlangan A.

Objektif utama MyKad Laporan ialah :

Membolehkan ibu bapa dan guru memantau & menilai tahap perkembangan akademik anak-anak dan pelajar dengan cepat dan pantas.
Membantu anak-anak dan pelajar dengan segera terhadap perkembangan akademik mereka.
Ibubapa boleh bersama-sama membimbing anak-anak tanpa perlu perngawasan dari guru-guru.


I. MyKertas II



MyKertas II mengandungi soalan-soalan subjektif. Soalan-soalan lebih kepada mengisi di tempat-tempat kosong.
Mykertas2 adalah yang pertama di Malaysia yang boleh penandaan terus.
Elemen di dalam Mykertas2 ialah MyTopik, MyLatih Tubi, MyPeperiksaan dan MyArkib Soalan seperti di dalam atas