28 January, 2010

SOAL JAWAB BERKAITAN MYSTAR A & B

1.Apakah itu MyStar?

MyStarA adalah latih tubi online yang menekankan pembelajaran "output" dan merupakan pelengkap kepada sistem pembelajaran. Kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.

2.Apakah subjek yg ditawarkan??

Sekolah Rendah (Tahun 1-6) UPSR
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3) PMR 
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi 
Sekolah Menengah (Tingkatan 4-5) SPM
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Geografi
  • Sains
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
Silibus

  • Meliputi 100% sukatan terkini Malaysia,
  • Mengandungi bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini,
  • Merangkumi semua subjek teras dan elektif,
  • Format kertas 1 dan 2.
3. Kenapa perlu ada MyStarA?
MyStarA diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-

Sikap Para Pelajar:- 
  • Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu..
  • Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja..
  • Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang..
  • Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan (tidak interaktif)..
  • Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah.. .
Masalah Ibu bapa:-
  • Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda..
  • Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak..
  • Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda..
  • Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak..
  • Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun..
  • Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda..
  • Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar..
  • Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan..
4. Adakah pelajar Perlu kepada MyStar A?

Ya, perlu...KENAPA??
  • MyStarA menyediakan pelajar kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan.
  • Pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik dengan mudah dan lebih berkesan.
  • Mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah.
  • Membantu pelajar untuk membina keyakinan diri dan bersikap positif.

5. Perlukah anak saya mengikuti Mystar-A Programme jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?

Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Mystar-A Programme merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

6. Seisi keluarga boleh guna?

Ya. MyStarA boleh digunakan seisi keluarga anda. Contohnya, jika anda ada 5 orang anak antara Tahap 1 – Tingkatan 5, kesemua mereka boleh menggunakan latihan – latihan yang disediakan dengan mengikut keperluan masing-masing. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk kesemua anak anda. Satu portal untuk satu keluarga.

7. Membebankan?

Tidak. MyStarA, tidak akan membebankan anak anda. Hanya dengan satu jam sehari, anda boleh mengubah prestasi anak anda menjadi lebih baik.

8. Apakah Pembelajaran Output?

Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari melalui latihan-latihan.

9. Kaedah Pembelajaran Output Tradisional  
  • Kena periksa jawapan sendiri
  • Tidak boleh mengulang soalan
  • Tiada pemantauan masa
  • Tidak Interaktif
  • Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar.  
10. Apakah Pembelajaran Input?

Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Pelajar perlu Pembelajaran Output sebagai pelengkap bagi pembelajaran yang lebih berkesan.  

11.Apa itu MyStar-B?

Untuk si comel berusia 3 Tahun - 6 Tahun, menawarkan 7 jenis bahasa (buat masa sekarang) iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bhs. Arab, Bhs. Jepun, Bhs. Tamil, Bhs Cina dan Bhs. Thailand.

12. Apa kebaikannya??
  • Memberi kemudahan untuk kanak-kanak belajar dari peringkat permulaan,
  • Pembelajaran diajar dengan mudah dari peringkat ke peringkat,
  • Menarik minat kanak-kanak untuk belajar,
  • Memberi pendedahan awal kepada pelajar.
Mystar-A Programme – 24 jam sehari, 365 hari setahun, bila-bila masa, di mana-mana jua !

Hanya dengan satu jam sehari, anda boleh mengubah prestasi anak anda menjadi jauh lebih cemerlang, gemilang dan berkeyakinan tinggi !

KESIMPULAN SAYA..
Saya amat tertarik dgn kaedah pembelajaran online MySTAR apabila pertama kali melihatnya. Kandungan portal yang unik, padat, beranimasi menarik, dan menepati mood pembelajaran anak-anak zaman sekarang yang mahukan cabaran. Pemantauan ibubapa secara online banyak membantu mereka menilai perkembangan IQ anak-anak. Portal ini juga mampu menerapkan nilai daya saing positif di kalangan pelajar melalui 'ranking' pencapaian mereka di seluruh Malaysia, lantas secara tak langsung mempertingkatkan nilai EQ (Emotional) dan SQ (Spiritual)!
Zaman makin berubah maju!Jangan biarkan anak-anak kita ketinggalan!Ibu bapalah penentu masa depan...
Ingatlah,Allah tidak akan mengubah nasib seseorg melainkan dia sendiri yang mengubahnya!

No comments:

Post a Comment