Mystar-B merupakan Produk ke-2 berbentuk e-Pendidikan keluaran PuncakMas Marketing Sdn. Bhd. Produk ini di fokuskan untuk kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Penyelidikan dan pembangunan portal ini telah dilakukan pada hujung tahun 2008.
Kanak-kanak boleh belajar dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Thailand dan Bahasa Jepun.
Tujuan utama penubuhan Mystar-B adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak serta menarik minat kanak-kanak untuk belajar . Selain itu portal mystar-B juga dapat memberi kemudahan untuk kanak-kanak belajar dari peringkat permulaan dan pembelajaran diajar dengan mudah dari peringkat ke peringkat .
Skop pembelajaran di pecahkan kepada 4 bahagian iaitu:
anggota badan,
haiwan,
objek,
warna.
Mempunyai gambar-gambar dan juga sebutan yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Konsep yang diterapkan didalam Mystar-B ialah konsep 3M iaitu
MELIHAT, MENDENGAR dan MEMAHAMI.
Ini lah produk yg mampu menjana pendidikan yg cemerlang dari peringkat asas kepada anak - anak kita. Diharap ianya dapat kita sama - sama manfaatkan demi masa depan pendidikan anak - anak kita yang akan memimpin negara ke arah kemajuan dan kecemerlangan.
No comments:
Post a Comment