23 January, 2010

Apakah MyStar-A?

LIPUTAN SUBJEK

TAHUN 1 – UPSR
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Science
Mathematic

TINGKTAN 1 – 3 (PMR)
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Mathematic
Kemahiran Hidup
Geografi
Sejarah
Science

TINGKTAN 4 – 5 (SPM)
Ekonomi Asas
Bahasa Inggeris
Mathematic
Pendidikan Islam
Fizik
Biologi
Geografi
Sejarah
Perdagangan
Science
Kimia

Apakah MyStar-A?


Mystar-A adalah pendidikan berteraskan ICT yang menggabungkan ''website + education = webucation''.

Tujuan utama penubuhan Mystar-A adalah untuk membantu pelajar-pelajar mencapai kemajuan dalam pendidikan dan teknologi.

Portal Mystar-A membantu pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 dalam semua mata pelajaran mengikut silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

A. MyNota


MyNota ialah elemen koleksi nota-nota ringkas dan padat mengikut sukatan Kementerian Pendidikan melalui 2 kaedah iaitu secara teks dan multimedia. Ia juga disediakan untuk rujukan utama pelajar bagi menjawab soalan. Ia memudahkan pelajar memahami topik dalam setiap subjek. Merupakan nota-nota yang digubal oleh kumpulan guru pakar dimuatkan sama sebagai input tambahan bagi memberi kefahaman yang lebih terhadap topik-topik yang telah dipelajari sebelum menjawab soalan berasaskan topik-topik tersebut. Nota-nota ini telah di ubah suai ke dalam bentuk multimedia oleh pakar-pakar multimedia supaya menjadikan suatu bahan yang efektif untuk pelajar-pelajar belajar. MyNota dipaparkan serta merta apabila anak anda atau pelajar menggunakan MyTopik.


B. MyKamus


MyKamus bertujuan membantu pelajar membaiki Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia serta meningkatkan lagi kefahaman dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. MyKamus disediakan untuk rujukan semua subjek. Ini memudahkan pelajar supaya tidak perlu membuka kamus yang tebal.
Di sediakan dalam 2 bentuk :-
Bahasa Malaysia - Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia



C. MyTopik


MyTopik adalah elemen yang membolehkan pelajar membuat latihan mengikut topik-topik yang dipelajari. Ia dapat menilai tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik, melalui cara mengulangkaji. MyTopik adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang dipelajari di sekolah.
Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar di sekolah pada hari tersebut, secara langsung dapat mengetahui sama ada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari. Ibu bapa juga dapat membantu perkembangan akademik anak-anak dengan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka seterusnya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.

Melalui MyTopik, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan yang telah mereka lakukan. Ini akan 'memaksa' pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan kali yang ke2, ke3 atau ke4, sekaligus menanamkan sikap minat membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.
Apabila pelajar menanda jawapan dengan tepat audio akan keluar seperti ‘cerdik’, ‘pandai’, ‘sangat pandai’. Tetapi apabila salah audio akan berkata ‘maaf! Tidak tepat’.

Di dalam MyTopik hanya ada 1 set soalan yang mengandungi 15 soalan setiap kali set di buka. Apabila pelajar menjawab set seterusnya soalan-soalan akan berubah-ubah ini adalah kerana setiap topik kami mempunyai bank soalan sebanyak 200 ke 300 bank soalan. Bagi memantapkan lagi pemahaman pelajar dalam topik-topik yang di pelajari.



D. MyLatih Tubi



MyLatihTubi telah direkabentuk untuk membolehkan pelajar-pelajar membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan pembelajaran output secara terus menerus untuk menilai sejauh mana pemahaman mereka di dalam subjek yang diajar di sekolah.
Anak-anak anda boleh memilih mana-mana subjek pada bila-bila masa dan secara terus boleh menilai sama ada mereka faham atau tidak subjek yang diajar. Sebagai ibu bapa anda dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak anda supaya anda dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.

Apabila seorang pelajar membuat latihan melalui MyLatihTubi, penandaan akan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar dari kesilapan. Setiap soalan membenarkan pelajar mencuba sebanyak 4 kali untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan pelajar akan diberitahu secara terus yang mana ia akan memaksa pelajar untuk membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan ke-2, ke-3 dan ke-4. Ini akan menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum memberi sebarang jawapan. . Apabila pelajar menanda jawapan dengan tepat audio akan keluar seperti ‘cerdik’, ‘pandai’, ‘sangat pandai’. Tetapi apabila salah audio akan berkata ‘maaf! Tidak tepat’.

Di dalam MyLatihTubi terdapat 4 set soalan.
SET 1 mempunyai 15 soalan dan di ketegorikan MUDAH.
Set 2 mempunyai 25 soalan dan di ketegori SEDERHANA.Untuk membuka set 2 pelajar mesti mencapai 80% ke atas di dalam set 1 untuk menjawab soalan-soalan set 2.
SET 3 mempunyai 30 soalan dan di ketegori SUSAH. Untuk membuka set 3 pelajar mesti mencapai 80% ke atas di dalam set 2 untuk dia menjawab soalan-soalan set 3.
SET 4 mempunyai 35 soalan dan di ketegori SANGAT SUSAH. Untuk membuka set 4 pelajar mesti mencapai 80% ke atas di dalam set 3 untuk dia menjawab soalan-soalan set 4.

Objektif utama MyLatihTubi :

Menyediakan pembelajaran output secara terus menerus.
Meningkatkan keupayaan menghadapi peperiksaaan dengan membenarkan pelajar membuat latih tubi tanpa had.
Membantu menjawab soalan dengan betul setiap kali dalam percubaan yang pertama.
Menanamkan sikap suka membaca dan memahami soalan sebelum menjawab.



E. MyPeperiksaan


MyPeperiksaan adalah elemen yang direkabentuk seperti peperiksaan sebenar sebagai persediaan pelajar. Ia membantu pelajar untuk membiasakan diri untuk menghadapi peperiksaan sebenar mengikut silibus Kementerian Pendidikan dan mempunyai kiraan masa peperiksaan sebenar. MyPeperiksaan ini akan membantu pelajar-pelajar membiasakan diri dengan situasi melengkapkan kerja mengikut masa yang diperuntukkan. Ia telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah. Pemarkahannya di berikan selepas pelajar-pelajar menghantar set-set soalan. Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.


F. MyArkib Soalan


MyArkib soalan ialah soalan-soalan peperiksaan sebenar tahun-tahun lepas. Bagi pelajar-pelajar yang ingin mengambil peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM tidak perlu mencari contoh-contoh soalan tahun lepas di luar kerana Mystar telah menyediakan bahan-bahan tersebut.


G. MyCemerlang



Pelajar yang terbaik akan disenaraikan dalam MyCemerlang. Ini secara langsung memberi peluang kepada ibubapa supaya mereka sentiasa mengetahui prestasi anak-anak mereka. Nama pelajar yang cemerlang akan dipaparkan di dalam portal MYSTAR-A dan boleh dilihat oleh semua pengguna melalui pemantauan yang efektif. Ini menggalakkan pelajar bersaing dan berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dapat disenaraikan dalam MyCemerlang .

Senarai Penganugerahan 100 pelajar cemerlang seluruh Malaysia telah direka untuk memberitahu ibu bapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan pelajar-pelajar setaraf di seluruh negara (national level).

Hanya 100 pelajar cemerlang dari setiap subjek dan tahap akan dipamerkan. Nama sekolah mereka juga dipamerkan. Ini menggalakkan pelajar bersaing dan berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan di dalam senarai penganugerahan ini.

H. MyKad Laporan



MyKad Laporan merupakan elemen yang sangat penting kepada ibubapa yang ingin memantau tahap anak-anak mereka. Elemen ini memaparkan keseluruhan keputusan peperiksaan pelajar yang boleh disemak secara online.

MyKad Laporan adalah SATU CIRI PENTING YANG PERLU ada bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak-anak. Ia memaparkan kesemua sesi pembelajaran output anak anda, sama ada dari MyTopik, MyLatih Tubi, MyPeperiksaan dan MyArkib Soalan.

Ciri ini membolehkan ibubapa mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan kelemahan subjek yang dipelajari oleh pelajar. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya.

Lagipun, MyKad Laporan merekodkan semua soalan-soalan latihan dari MyTopik, MyLatih Tubi, MyPeperiksaan dan MyArkib Soalan untuk membolehkan ibubapa memantau dan mengambil langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.

Gabungan teknologi terkini MyKad Laporan iaitu keputusan pembelajaran anak yang terus melalui SMS akan memberikan maklumbalas kepada penjaga dengan cepat terhadap prestasi pelajar bagi mengatur strategi pembelajaran anak-anak. Dengan MyKad Laporan ini, anda dapat mengesan dan menjejaki pelajaran anak anda tanpa melalui pihak ketiga. Secara langsung memberi galakan kepada anak-anak. Nescaya cara penilaian ini sangat bernilai untuk mereka yang ingin mencapai kecemerlangan A.

Objektif utama MyKad Laporan ialah :

Membolehkan ibu bapa dan guru memantau & menilai tahap perkembangan akademik anak-anak dan pelajar dengan cepat dan pantas.
Membantu anak-anak dan pelajar dengan segera terhadap perkembangan akademik mereka.
Ibubapa boleh bersama-sama membimbing anak-anak tanpa perlu perngawasan dari guru-guru.


I. MyKertas II



MyKertas II mengandungi soalan-soalan subjektif. Soalan-soalan lebih kepada mengisi di tempat-tempat kosong.
Mykertas2 adalah yang pertama di Malaysia yang boleh penandaan terus.
Elemen di dalam Mykertas2 ialah MyTopik, MyLatih Tubi, MyPeperiksaan dan MyArkib Soalan seperti di dalam atas


No comments:

Post a Comment